|
Khairy Jamaluddin bukan kerana saya. |
|
Written by Webmaster
|
|
Friday, 10 October 2008 |
|
Ini merujukkan kepada keputusan Pak Lah untuk tidak menawarkan diri untuk bertanding jawatan sebagai Presiden UMNO. Khairy dalam kenyataan beliau ( Star : 10hb Oktober 2008) menafikan tuduhan bahawa beliau adalah penyebab kenapa Pak Lah melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO. Namun dalam penafian tersebut ada suara yang masih mengatakan bahawa kegagalan Pak Lah adalah kerana terpengaruh dengan anak menantunya dan ada juga yang meletakkan kuasa Pak Lah pada mereka yang digelar Tingkat 4. Khairy sebaliknya mengatakan bahawa keputusan yang tidak baik dalam PRU 12 adalah kerana kegagalan melunaskan janji oleh kerajaan Barisan Nasional dan bukan kerana kepimpinan dalam kerajaan. Sungguhpun begitu adakah mungkin – Pak Lah melepaskan jawatan kerana desakan kepimpinan dalam UMNO dan ini ada hubung kait dengan Khairy Jamaluddin?
|
|
|
Peralihan kuasa bukan syarat mutlak menyelamatkan UMNO |
|
Written by anuar mohd nor
|
|
Thursday, 09 October 2008 |
|
Masih banyak faktor yang berkemungkinan berlaku dalam masa peralihan ini. Namun apa yang penting hari ini bukan politik dalaman UMNO. Apa yang penting ialah, adakah UMNO dapat melakukan perubahan untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap UMNO? Adakah Barisan Nasional dapat di terima kembali khususnya oleh kaum lain. Kedudukan UMNO hari ini bukan bergantung pada peralihan kuasa tetapi bergantung pada perubahan yang dapat dilaksanakan oleh kepimpinan UMNO. Perubahan atau reformasi dalam UMNO harus memperlihatkan perubahan drastik dan bukan perubahan kosmetik. Pak Lah telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pemilihan Agung UMNO akan datang. Justeru itu Pak Lah mengakui kegagalannya dan mengharapkan agar Najib dapat mengembalikan kegemilangan UMNO. Pak Lah terpaksa mengumumkan untuk tidak bertanding pada pemilihan akan datang atas alasan memastikan “survival” UMNO. Pengunduran Pak Lah dikatakan perlu untuk menyelamatkan UMNO. Kenapa dan mengapa? Benar atau tidak masih lagi persoalan relatif bergantung pula pada prestasi orang yang akan menggantikan Pak Lah. Adakah pengunduran Pak Lah akan menyelamatkan UMNO atau sebenarnya ia tidak akan memberi sebarang kesan sekiranya kepimpinan yang mengambil alih itu tidak membuat perubahan yang sepatutnya. Adakah UMNO sedar bahawa peralihan kuasa Presiden dan Perdana Menteri bukan syarat reformasi dalam UMNO dan bukan syarat penerimaan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional. Yang penting UMNO melakukan reformasi dengan drastik dan menggugurkan kepimpinan yang jelas tidak berwibawa dan tidak menunjukkan sikap yang sesuai untuk memimpin.
|
|
|
Written by Webmaster
|
|
Thursday, 09 October 2008 |
|
Terkini : 09hb Oktober 2008 3.13pm Belum sejuk pengumuman Pak Lah untuk tidak menawarkan diri sebagai Presiden UMNO, sudah ada gerakan untuk menjatuhkan Najib. Kain rentang sudah mula terpapar di beberapa kawasan untuk menyerang Najib pula. www.umno-reform.com melihat laman web www.aminiskandar.wordpress.com memaparkan isu ini dan diberitakan laman blog www.antinajib.blogspot.com di bentuk bagi merealisasikan cita-cita politik orang tertentu.
|
|
|
Pak Lah tidak menawarkan diri |
|
Written by Webmaster
|
|
Wednesday, 08 October 2008 |
|
SAH PAK LAH LEPAS JAWATAN – NAJIB PM?
Pak Lah akan melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia pada bulan March 2009. Keputusan ini diumumkan sebentar tadi. Pak Lah merupakan Perdana Menteri Malaysia yang hanya berkhidmat selama 5 tahun. Pengunduran Pak Lah akan memberi laluan kepada Najib Tun Abdul Razak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru. Setakat ini di maklumkan bahawa Pak Lah akan terus bercuti dan jawatan Perdana Menteri Malaysia akan di pangku oleh Najib Tun Abdul Razak. Adakah mungkin Najib juga akan dicabar selepas ini atau kemungkinan pergolakan politik Malaysia akan lebih hebat lagi.
Persoalan Utama Adakah Pak Lah akan menawarkan diri atau terus membuat pengumuman untuk tidak bertanding jawatan Presiden parti. Pak Lah dijangka akan membuat pengumuman bahawa beliau akan terus menawarkan diri untuk bertanding sebagai Presiden UMNO sungguhpun keputusan itu bertentangan dengan harapan banyak pihak agar Pak Lah tidak menawarkan diri. Kedudukan Pak Lah sebagai peneraju UMNO banyak dipersoalkan khususnya akibat kegagalan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU 12. Kedudukan beliau dipersoalkan juga kerana kelemahan UMNO dan kedudukan UMNO yang semakin meleset dalam meraih sokongan rakyat. Adakah patut Pak Lah melepaskan kedudukan beliau sebagai Presiden?
|
|
|
Selepas Hari Raya - kem siapa, Pak Lah atau Najib |
|
Written by Webmaster
|
|
Monday, 29 September 2008 |
|
Sebaik sahaja habis Hari Raya spekulasi kejatuhan Pak Lah mula terdengar lagi. Kedudukan Pak Lah semakin getir sungguhpun ini belum di sahkan lagi. Sudah mula semula kata-kata yang mengatakan Pak Lah perlu undur dengan berhemat kerana sekiranya tidak beliau akan tercatat dalam sejarah negara ini sebagai Perdana Menteri yang di tolak oleh UMNO sendiri. Dalam pada itu dijangka akan timbul calon-calon “planted” yang kini menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan 1 dan nombor 2 dalam parti. Trend ini sudah kelihatan dan UMNO hari ini akan mengambil puak mereka masing-masing, masuk kem Pak Lah atau Najib? Ahli akan mula berkempen dan mereka akan mula mengkaji sebaik mungkin kem mana yang harus disertai. Apa pun UMNO akan bergolak pantas dan mungkin ke arah REFORMASI TERKINI 29 September 2008 Gerakan – hampir menolak Barisan Nasional Media Perdana turut memaklumkan bahawa 60% ahli Gerakan sudah menolak dan mahu bebas dari Barisan Nasional. Ini sebenarnya memberi gambaran bahawa Barisan Nasional akan turut hilang dari segi mendapat mandat rakyat khususnya oleh kaum lain di Malaysia. TERKINI Pak Lah mahu diasak keluar Pak Lah mungkin tidak akan cukup mendapat pencalonan untuk beliau terus memegang jawatan Presiden UMNO ini. Setakat ini ada suara yang telah mencalonkan Najip Tun Abdul Razak sebagai Presiden dan Muhyidin jadi Timbalan Presiden.
|
|
|
Spekulasi dalam UMNO kritikal |
|
Written by Webmaster
|
|
Saturday, 27 September 2008 |
|
Pak Lah akan melepaskan Presiden UMNO. Spekulasi timbul Pak Lah tidak akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden dan persoalan-persoalan seperti ini terus meletakkan UMNO dalam keadaan yang amat mengelirukan. Pergolakan penetapan masa peralihan kuasa terus berlaku dan ini menunjukkan bahawa keadaan UMNO semakin bergolak sehingga keputusan yang lebih spesifik di buat mengenai kedudukan Pak Lah sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia di putuskan dengan segera. Spekulasi ini seakan di undang oleh kepimpinan tertinggi UMNO. Ada sesuatu yang tidak kena dan sesuatu itu mungkin, penolakan Pak Lah sebagai Presiden UMNO dan ketahuan kedudukan UMNO yang tidak di terima oleh rakyat serta kebangkitan Anwar Ibrahim sebagai cabaran kuat kepada Barisan Nasional. Kekeliruan dalam UMNO harus di tangani segera. Ahli UMNO sendiri hairan dan keliru dengan keputusan-keputusan yang di buat oleh Majlis Tertinggi UMNO. Diskusi dan desakan tarikh peralihan kuasa untuk di cepatkan turut mengundang perubahan tarikh pemilihan UMNO. Ini menimbulkan spekulasi negatif di kalangan ahli. Kenapa keputusan MT sejak kebelakangan ini menunjukkan ada demarkasi antara mereka dengan ahli-ahli UMNO. Apakah ahli tidak perlu tahu apa yang sedang berlaku? Ini seolah-olah menunjukkan kepimpinan tertinggi UMNO seakan satu kumpulan tersendiri – membuat keputusan atas kehendak sendiri tanpa rujukan kepada ahli sendiri.
|
|
Read more...
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|