Lost Password? Register
  • Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size

UMNO REFORM 2

Sunday
Feb 05th
Utama
Konstruksi Melayu
Written by Webmaster   
Sunday, 05 February 2012
 

Usaha adalah untuk melakukan perubahan dalam minda dan jiwa Melayu. Kepercayaan untuk meningkatkan partisipasi Melayu dalam perniagaan – memperuntukkan ekuiti dan kuota dalam perniagaan dan pelajaran dilaksanakan sebagai tindakan awal bagi memastikan Melayu tidak ketinggalan.

Ini juga dikatakan adalah formula untuk mengendurkan ketegangan antara kaum kerana monopoli ekonomi yang tertumpu pada satu-satu kaum khususnya Cina akan meningkatkan merenggangkan perhubungan kaum khususnya apabila berlaku kemelut ekonomi. Pendidikan adalah satu lagi ruang yang ditumpu khas dipertingkatkan untuk Melayu. Ini akan dapat menyempitkan statistik kemiskinan yang melanda orang Melayu. Langkah ini semuanya adalah untuk rekonstruksi masyarakat Melayu itu sendiri dalam kerangka melakukan perubahan kepada struktur sosial agar perimbangan wujud antara kaum.  

Ini adalah usaha yang telah dilakukan oleh kepimpinan dari dulu sehingga sekarang. Berbagai-bagai langkah yang telah dilaksanakan – sungguhpun dikatakan menyimpang dari keadilan pembahagian sama rata TETAPI tetap dalam mengertikan keadilan sosial dalam negara ini terjamin. Mendahulukan kaum yang tertinggal – memberi sedikit prioriti sebagai anak peribumi, yang tertindas akibat penjajah yang melaksanakan polisi pecah dan perintah, yang mendahulukan orang asing sebelum memerdekakan mereka sebagai rakyat negara ini adalah langkah mengadili struktur masyarakat agar Melayu itu sendiri tidak terpinggir dan tercicir.

Namun kenapa dalam perbagai langkah yang diambil oleh kerajaan pada waktu itu sehingga sekarang – Melayu masih dikatakan tertinggal. Kenapa Melayu masih lagi dikatakan kebelakangan. Kenapa Melayu masih lagi dalam mode KONSTRUKSI – semenjak kita mencapai kemerdekaan lagi. Memang benar perubahan dan pembangunan tidak akan putus, akan berterusan dan Melayu akan sentiasa dalam mode KONSTRUKSI namun apa yang dilihat ialah pencapaian asas itu sendiri masih suram. Adakah aturan kemajuan dan kemodenan bergerak sangat laju maka usaha merekonstruksi Melayu sentiasa ketinggalan atau sebenarnya rekonstruksi Melayu ini SALAH dari segi fokus pembangunan – menyimpang dari hasrat atau gagal dalam usaha untuk mencapai matlamat. Adakah tidak mungkin – polisi-polisi yang dilakukan senantiasa lupus sebelum dapat dilaksanakan dengan sempurna. Adakah mungkin sebenarnya Melayu itu sendiri yang menghalang perkembangan Melayu khususnya terikat kepada pendefinisian budaya dan agama yang tidak konklusif dan terpesong?

Rendra dalam sajaknya Maskumambang ada mengatakan bahawa sekira politik itu di lencana-kan dengan agama – “irosi” agama pasti berlaku. Apa sebenarnya maksud “me-lencana-kan” agama dan adakah benar ini menyumbang kepada kegagalan bangsa Melayu itu sendiri yang rata-ratanya beragama Islam.

Dengan pembangunan, pelajaran dan ruangan luas untuk Melayu berkembang pesat kenapa kita masih terkedek-kedek merentasi masa? Apa kekurangan kita? Persoalan Melayu mempunyai kuasa politik dan ini secara langsung menjadikan keupayaan Melayu itu lebih pesat lagi – kenapa ia tidak berlaku?

Adakah mungkin kita berbahasa politik tetapi tidak mengerti dan tidak mempunyai ilmu cukup untuk mendahului dan memimpin kejayaan. Adakah kita hanya melihat apa yang di depan kita tetapi alpa mencorakkan apa yang ada di sebalik tembok masa?

Persoalan seperti ini amat susah untuk diajak berbincang. Perbincangan pula kadangkalanya gagal dilaksanakan kerana birokrasi yang tebat dan sikap ortodoks sesetengah kepimpinan yang hanya mahu kita mendengar tanpa berani untuk membicarakan yang kontra. Mungkin sikap Melayu terlampau budiman – membiarkan kehancuran memakan tamadun kita sedikit demi sedikit. Atau pun Melayu sekian lama diajar dengan budaya mengangguk kerana TAKUT akan ditekan. Apa pun mungkin – Melayu ITU BUKAN MALAS – tetapi KURANG BERANI – menjadikan kita terkebelakang.

 
KENYATAAN ANUAR MOHD NOR
Written by Webmaster   
Saturday, 04 February 2012
 

04hb FEB 2012 – Tidak menjadi hasrat untuk berbalah dengan hanya kata-kata yang dilemparkan. Tuduhan amat mudah. Percakapan amat mudah. Saya tidak berhasrat untuk memanjangkan perbalahan dan memohon untuk semua yang hadir pada forum www.umno-reform2.com baik yang menyokong mahupun yang tidak untuk tidak memanjangkan komen yang tidak budiman. Saya BERTERIMA KASIH kepada mereka yang telah menghantar SMS – EMAIL dan laman blog yang menunjukkan sokongan kepada nilai penulisan dan arah tuju politik serta idealisme yang mahu saya bawa. Saya telah menyarankan kepada pihak terbabit untuk mengemukakan bukti, hadir untuk sama-sama menonton dan menyiarkan video yang dikatakan melibatkan saya serta sama-sama untuk mendengar penjelasan dan akhirnya untuk mengambil sumpah untuk mencari kebenaran. Saya juga bersedia – untuk disiasat – oleh mana-mana pihak dan keterbukaan saya hanya untuk memastikan kebenaran terselongkar agak kita sama-sama dapat meneruskan usaha untuk memastikan BN/UMNO terus menjadi wadah politik. Anuar Mohd Nor


 
PKR bantah lawatan Najib ke Batu Caves kematangan PKR dituntut
Written by Webmaster   
Saturday, 04 February 2012
 

Laporan http://www.malaysiakini.com/news/188167 - PKR akan membuat laporan polis dan akan membantah kehadiran PM Najib ke kuil Sri Subramaniam di Batu Caves semasa Thaipusam. Sebelum ini, hanya ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein yang berbuat demikian. Sebelum ini jawatankuasa kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam Sungai Petani membuat laporan polis membantah kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mengunjungi kuil berkenaan kerana bimbang ia mungkin mencetuskan insiden yang tidak diingini.

Apa sebenarnya berlaku pada politik kita hari ini? Adakah politik kita kini bergerak ke arah kematangan atau politik kita hari ini akan terus mengengkang sehingga lawatan kepimpinan adalah satu kesalahan lebih-lebih PM Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kedudukan PM Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk melawat – rakyat – hari pada semua perayaan apa pun agama adalah sepatutnya satu penghargaan. Namun hari ini politik telah memecah-belahkan segala-galanya. Apa puncanya. Adakah kita sebenarnya berpolitik atau sebenarnya melayan kemarahan dalam berpolitik.

Politik marah – politik dendam oleh politikus tanah air tidak akan dapat menyelamatkan Malaysia malah akan membuat negara ini bergerak ke belakang. Jurusan marah ini tidak seharusnya diambil oleh rakyat. Rakyat tidak sepatutnya menerima sikap-sikap politik kemarahan dan politik keraguan.

Punca dari inilah keraguan terbentuk dalam setiap usaha kerajaan untuk rakyat dan setiap usaha pembangkang untuk memastikan apa dia demokrasi itu tercapai. Kematangan politik adalah dituntut dan rakyat juga perlu mengambil tanggungjawab menilai dan mengusahakan politik kita untuk kesejahteraan negara.

Emosi kemarahan akan hanya merugikan kita. www.umno-reform2.com percaya bahawa elemen marah ini sepatutnya disingkirkan dalam menjadikan hawa politik kita tentang dan berwibawa. Kepimpinan atasan harus memulakan langkah mendidik serta menunjukkan teladan sikit dalam berpolitik. Nasib rakyat lebih terbela sekiranya politik hari ini – berlandaskan kematangan dan sikap saling hormat-menghormati. Unjuran itu kita harus mula pandai menilai dan memberi saranan yang baik dalam mengubah senario landskap negara ini demi kepentingan bersama.

Tindakan PKR Kepong untuk menghantar delegasi membantah kehadiran PM Najib adalah satu tindakan yang tidak wajar dan perlu dinilai semula.

 
Vandalisme pada masyarakat?
Written by Webmaster   
Saturday, 04 February 2012

Ramai yang menceritakan mengenai perangai buruk vandalisme pada harta awam, hak orang lain dan perlakuan merosakkan kemudahan awam dan sebagainya. Namun adalah pernah kita terfikir dalam konteks yang lebih besar vandalisme yang diperlakukan terhadap struktur sosial kita, masyarakat kita dan budaya kita. Kita perlu melihat dari skop yang berbeza dan yang lebih terbuka. Masyarakat kita semakin terasak – dengan kehidupan kemodenan – percaturan kemewahan dan usaha mendapatkan kekayaan. Elemen ini akan mengerakkan hasrat peribadi – kehendak untuk diri dan menjadikan fokus diri sebagai keutamaan. Ini sebenarnya adalah penggerak kepada vandalisme pada struktur dan nilai masyarakat sendiri.  

Kita perlu perluas mengenai vandalisme yang melihatkan kegiatan merosakkan masyarakat kita dengan kerosakan struktur sosioekonomi dan budaya. Kerosakan ini dibuat dalam usaha mengejar pembangunan yang tidak seimbang lalu usaha kemodenan dan kemajuan beralih bentuk kepada satu tindakan vandalisme terhadap masyarakat. Sisipan pembangunan dan kemodenan tanpa perimbangan insaniah akan menghasilkan elemen negatif yang menjadi struktur masyarakat itu terancam dan akhirnya akan menjadi sumbang.

Mungkin pelik jika kita bicarakan vandalisme masyarakat tetapi hakikatnya adalah serupa – conteng, merosakkan serta memusnahkan nilai kemasyarakatan dan kemanusiaan. Perbuatan ini akan diasosiasikan dengan keadaan tanpa kesedaran. Kesedaran sekiranya ada, adalah kesedaran superfisial yang tidak memberi impak perubahan secara keseluruhan. Ini pasti akan menyebabkan kita berdepan dengan kuasa-kuasa negatif yang akan hanya menunjukkan pembangunan dan kemodenan isu dan tanpa kekuatan pada teras sokongannya.  

Ikhlas, dalam banyak keadaan pelakunya kepada vandalisme masyarakat adalah kepimpinan yang tidak berupaya atau gagal dalam merangka pembangunan yang seimbang. Kemodenan yang ada siring disalahkan tafsirkan sebagai kemakmuran sedangkan ia bukan. Perhatian perlu diberi kerana vandalisme yang dilakukan ke atas masyarakat akan memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang.  

Sikap membutakan mata, memekakkan telinga dan membisu adalah tindakan vandalisme tidak langsung akan dapat memutuskan perbuatan ini. Nilai perubahan landskap pembangunan dan kemodenan negara harus diperteguhkan dengan kekuatan jati diri untuk berdepan dengan sisipan negatif pembangunan dan kemodenan. Pegangan kuasa politik dikatakan penyelamat – dengan kuasa ia mampu mengubah dan memasukkan nilai murni tidak juga menjadi preskripsi baik untuk memulihkan keadaan sekiranya pemegang kuasa itu tidak kukuh keperibadiannya. Kita tidak mahu memberi remedi kepada masalah vandalisme ini – kita mahu formula menyeluruh tetapi sering korupsi politik akan menghalang arah penuju yang lebih sesuai dengan kependudukan negara ini.

Akhirnya langkah perlu disusun secara strategi. Kekuatan jati diri perlu dalam mengharung kehidupan yang semakin mencabar ini. Andai tidak maka kesan negatif sisipan akan menjadi pendorong kepada kemusnahan tamadun yang mahu di bentuk.  

 
Penjelasan - satu cabaran
Written by Webmaster   
Friday, 03 February 2012

Image
Ini dia Anuar Mohd Nor
CATATAN ANUAR MOHD NOR – Minggu yang penuh kontroversi terhadap diri dan laman web www.umno-reform2.com. Sesuatu yang menunjukkan keprihatinan dan penelitian terhadap laman ini dan kehadiran saya dalam dunia siber ini. Terima Kasih. Hakikatnya untuk persoalan mengenai laman web www.umno-reform2.com dan nama saya Anuar Mohd Nor senantiasa terbuka. Cuma ada memilih untuk hanya meraung dengan tuduhan meleset semata-mata atas nama populis. Kehadiran saya  jelas dan ia bukan suara-suara ghaib yang timbul berselindung di belakang papan kekunci. Kehadiran saya nyata – boleh diungkai – disentuh dan disiasat.

Pertuduhan dibuat terhadap saya. Saya adalah agen PKR yang menyusup masuk ke dalam program – program strategik UMNO dan membocorkan rahsia strategik UMNO. Saya adalah TROJAN HORSE – kata dan salakan laman-laman tertentu. Semua menunjukkan keprihatinan, kecemburuan, ketidakikhlasan dan ketakutan. Takut apa. Muka saya jelas dan saya bukan hantu-hantu siber mahupun pengecut yang mahu menyerang – mahu berjuang – mahu berkorban tetapi takut – menunjukkan muka. Hakikatnya saya tidak sepatutnya melayan tohmahan dari hantu raya.

Untuk makluman memang saya hadir di beberapa program atas jemputan, itu pun program penerangan yang dihadiri oleh beratus penyelia laman web pro UMNO dan sekiranya saya adalah perisik PR masakan dengan khidmat polis risik dan risik tentera Malaysia yang cekap mereka tidak dapat menghidu saya. Mereka boleh mengekori saya – merekod siapa saya jumpa dan langkah yang saya ambil seterusnya. Muka dan fizikal saya jelas ada atau mungkin salakan itu sebenarnya memperkecil-kecil juga tahap risikan negara ini.

Semua mengenai diri ini bukan misteri – saya boleh dihubungi – nama yang digunakan nama penuh – latar belakang yang telah diperjelaskan dan boleh disiasat. Usaha saya tetap – percayakan UMNO sebagai wadah politik,mempromosi kematangan dan kewarasan pemikiran, kematangan politik dan memperjuangkan nilai kemanusiaan sesama kita. Saya percaya kepada kematangan politik – percaya kepada usaha perubahan yang mahu dianjurkan oleh PM Najib – percaya kepada transformasi politik yang akhirnya akan dinilai oleh rakyat negara ini.

Saya tidak hadir dalam mesyuarat pengurusan strategik UMNO yang memikirkan langkah – langkah strategik, saya tidak terbabit dalam Biro-biro strategik UMNO – tetapi saya hadir pada program penerangan – program makan-makan dan memberi pendapat khususnya kerana saya adalah antara kelompok kecil yang mendahului revolusioner media. Mungkin kaduk-kaduk siber tidak tahu membezakan antara sesuatu yang digelar perancangan strategik dan sesi penerangan.

Saya telah dilemparkan dengan berbagai-bagai tuduhan – cuba di mandikan dengan nama-nama keji – dikatakan perisik yang mahu memusnahkan UMNO. Tuduhan ini datang dari pengecut siber – berselindung di belakang papan kekunci – cuba mencabar saya tetapi kewarasan saya mendahului emosi, kematangan saya mendahului kemarahan dan saya fikir itu yang menjadikan saya – bahan serangan. Ini lumrah – kebodohan mahu mencabar sedikit kepandaian, kemarahan mahu mencabar kesabaran. Perbezaan saya dengan mereka amat jelas dan boleh dinilai pembaca khususnya pengamal media siber UMNO.

Benar kata-kata yang pernah dikatakan pada saya, kadang-kadang anjing menyalak mahukan perhatian tetapi dalam banyak hal, ia pun serupa – kaduk-kaduk siber juga mahukan perhatian, mahu menjadi penari porno untuk meloncatkan populariti tetapi kurang bijak dan budiman. Mahu dilihat sebagai penting tetapi tidak, mahu dikategorikan sebagai pejuang tetapi menyesatkan dan paling haru mahu melebihi UMNO dari UMNO untuk menyorokkan kesongsangan serupa dengan pondan-pondan jalanan – melebihi wanita dari wanita.

Apa pun tuduhan, saya tidak menggalakkan emosi mendahului kewarasan. Saya berpijak dan mengambil pendirian jelas untuk MENCABAR mereka hadir secara nyata dan mengulangi tuduhan yang secara terbuka atau setidak-tidak sesi tertutup dengan saksi-saksi yang kita persetujui. Saya mahu sama-sama berdepan dan mungkin disaksikan pihak-pihak tertentu dan berwibawa untuk menunjukkan bahawa tuduhan ke atas saya mempunyai justifikasi tertentu.

Saya juga CABAR untuk menayangkan video yang dikatakan ada – sewaktu menonton bersama Chegu Bard, kita boleh duduk bersama menyaksikan insiden yang berlaku tanpa suntingan seperti yang pernah saya cabar dahulu yang tidak disahut-sahut sehingga kini. Saya boleh menerangkan dengan jelas dengan alibi yang cukup berwibawa mengenai apa yang saya lakukan selepas menonton video tersebut dan penjelasan yang saya beri terhadap video itu.

Kalau pendekatan agama diambil saya sanggup juga MENCABAR untuk penuduh tegar www.papagomo.com untuk hadir secara terbuka sama – sama BERSUMPAH atas tuduhan dan justifikasi yang mahu diberi atau sekiranya tidak, untuk selamanya akan digelar pengecut. Saya tidak terima sumpah dalam laman tanpa muka seperti yang saudara buat – amat lucu dan kelakar dengan menggunakan sumpah atas nama www.papagomo.com

Rujuk http://www.papagomo.com/2011/03/ekslusif-video-porno-anwar-ibrahim-gomo.html dengan sumpah kelakar seperti berikut :


“Wallahi Wabillahi Watallaahi saya Papa Gomo dengan nama pena sebagai seorang penulis Blogg Bersumpah bahawasanya saya telah menonton rakaman Video yang memaparkan adengan Seks Anwar Ibrahim dan pasangannya seorang wanita China di dalam sebuah kamar”


Kalau saya mendatangkan mudarat (yang saya yakin tidak) terhadap UMNO – saya mengetahui kemudaratan yang lebih dahsyat dilakukan oleh blogger ini terhadap UMNO dan keselamatan dalam negara. Saya percaya mereka sebenarnya tersasar dalam membuat tuduhan atas kemarahan dan perasaan tercabar. Mereka mengutuk semua yang tidak sehaluan – menerjah kepimpinan UMNO yang ada dengan tuduhan berlandasan kelucahan dan tidak berasas atas kononnya mereka popular tetapi tidak sedar kepopularan atas landasan mana. ( penari bogel menggunakan palang juga popular )

Saya bersikap terbuka – saya tidak memulakan tuduhan peribadi, saya mengkritik secara langsung dan bersikap budiman dan tidak memulakan sebarang persengketaan. Saya terbuka untuk dihubungi seperti mana pernah antara blogger termasuk www.papagomo.com sendiri berjumpa dan memohon nasihat dan bertukar pendapat dari saya sebelum lemas dalam ruangan populis kelucahan.

Saya mampu memberi justifikasi kehadiran saya, sewaktu laporan polis terhadap blogger www.papagomo.com dibuat, siapa alibi saya yang turut hadir, tujuan kehadiran dan laporan sama seperti kehadiran KLPOS. Namun adakah mereka mahu mendengar atau terperangkap dalam kepompong pemikiran usang. Saya CABAR HADIR untuk sesi penerangan bersama – itu pun kalau mereka berani dan sanggup.

Apa pun saya tetap dengan pendirian saya dan memohon maaf sekiranya tersasar dalam memperkatakan dan melakukan sesuatu yang tidak disengajakan. Apa pun CABARAN saya telah saya maklumkan - TERPULANGLAH  

 
Unspinners Salahuddin Hisham vs Umno Reform Anuar Mohd Nor
Written by Webmaster   
Thursday, 02 February 2012

Dipeik dari www.kritis-online.com

http://kritis-online.com/index.php?option=com_content&view=article&id=2282:unspinners-salahuddin-hisham-vs-umno-reform-anuar-mohd-nor&catid=39:english&Itemid=77

Unspinners Salahuddin Hisham vs Umno Reform Anuar Mohd Nor  

Written by Susan Loo  

Wednesday, 01 February 2012 18:00

Helooooo peeps. It has been quite an interesting couple of days. First starting with all this dirty video defamation's going round, then the fast-forward nerve wrenching article by Salahuddin in the Unspinners lambasting Anuar from UMNO Reform 2. Calling him all sorts of names and accusing him of dis dastardly effects that maybe only Salahuddin and his crew can understand, as most of us out here who are reading each of the blogs and portals everyday are trying to understand where is all this hatred coming from ?

Salahuddin Hisham came out with his first article in the wee hours of yesterday morning after not being able to stand watching his arch nemesis Anuar Mohd Nor sitting in a meeting that was supposed to be TOP SECRET. Yup ! For these UMNO boyz, TOP SECRET is not to be taken lightly. Well, the person who took Anuar Mohd Nor's photo wasn't Salahuddin yet the person who used the photo and wrote all those nasty things was yours truly. Why did he do that ? Looking to be popular once again or has there been winds of change to move Anuar Mohd Nor from his current camp to self proclaimed Lord PapaGomo himself ? It has been understood that before this, Lord PapaGomo has tried to manouver Anuar away from this current camp and into his, thus claiming to have a battleship ready to serve the 40 leaders of dirty video's and DHL panties from Sarawak. It is weird though, why go to all the trouble? Why not just call Anuar Mohd Nor for a chit chat and get it done with.

OK, then the second article came later in the evening of yesterday after a bunch of bloggers grouped together and gave Salahuddin such a whiping that maybe he thought he had better join Raja Petra in the United Kingdom. This second article caused the pot to start melting as Salahuddin Hisham openly decided to give a lecture and lambasting to a senior UMNO politician who for all we know, doesn't even know of such a blogger called the Unspinners. Hell ! Even I did not know it existed, well, if you want to be famous, attack Anuar Mohd Nor right, that has been the game plan for quite a long time. I remember Salahuddin's other blog called another brick in the wall who also kept taking side swipes at Anuar Mohd Nor before this yet Anuar always kept his professionalism and told Salahuddin to go back to school.

As things got quite heated up, Salahuddin was given the call to remove his two postings or be ready for the consequences which he did like a good little soldier at 9.10am today. The consequences of him not removing these two article which were total banishment from the UMNO circle TOGETHER with his crew. Fhheewww. It is one thing to dig your own grave, now Salahuddin was digging for other's as well. This was not going down well for BLOGHOUSE. Who are the true four men crew for the Unspinners ? Sir Knight Rocky must have been scratching his head thinking why Salahuddin had to do such a stupid thing to create more animosity between himself and UMNO leaders when all in this while he has been trying to patch things up between the ex NST big wigs and himself. Another all out war would not have gone down well for Sir Rocky now wouldn't it ? Min of Information also looks like its drying up the wells, where else can BLOGHOUSE go ?

So who removed the postings was another question that popped to mind ? Was it Salahuddin or one of the other three keymasters to the Unspinners Blog ? Each with administrator access to remove post or edit anything in this blog ? We will know quite soon when Salahuddin meets Anuar in the big DEBATE that has been agreed to by Anuar Mohd Nor of UMNO REFORM 2 and waiting confirmation from Salahuddin Hisham of the Unspinners. They used to say TALK IS CHEAP, so all this big talk between this Blogger Salahuddin and the old timer Anuar Mohd Nor will become a reality soon enough. Anuar Mohd Nor has agreed to answer all the questions with facts by Salahuddin of the Unspinners and Anuar Mohd Nor has said he will be coming with his own set of questions with facts to challenge aspects of what he has been accused of by Salahuddin of the Unspinners together with questions of his own for Salahuddin. This DEBATE will be RECORDED LIVE on streaming and probably be broadcasted throughout the Bloggersphere which will make it even more interesting, as we will hear now not one sided accusations, but giving the chance for the other to defend himself professionally.

So I will wait too, for Unspinners Salahuddin Hisham vs Umno Reform Anuar Mohd Nor in the DEBATE. Don't be too long Salahuddin, or you will lose what's left of your reputation.

 
Serius melawan rasuah
Written by Webmaster   
Wednesday, 01 February 2012
 

Kerajaan serius melawan rasuah dalam usaha memastikan yang terbaik untuk rakyat. Video ini adalah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan. Namun begitu usaha sama rakyat dengan kerajaan perlu agar rasuah dapat dihapuskan.

 
Azmin masih diam lagi?
Written by Webmaster   
Wednesday, 01 February 2012

Timbalan Presiden Keadilan pernah memaklumkan bahawa beliau akan mendedahkan kepada umum mengenai Hassan Ali – Bekas EXCO kerajaan Selangor yang terlucut setelah dipecat dari PAS. Mengenai butiran pendedahan, Azmin Ali tidak memaklumkan apa yang mahu didedahkan dan Hassan Ali pula mencabar Azmin Ali untuk membuat pendedahan tersebut. Rujukan http://malaysiakini.com/news/187513 . Amaran Azmin Ali adalah pada 26th Januari 2012 dan sehingga hari ini, Azmin Ali tidak mendedahkan apa-apa butiran yang boleh mencalarkan imej Hassan Ali, sebaliknya Hassan Ali terus mengkritik PAS dan Anwar Ibrahim. Adakah mungkin Azmin Ali juga tahu pendedahan itu akan mengheret Hadi Awang dalam kancah yang lebih besar sehingga menunjukkan bahawa PAS akan terbelah dengan lebih besar. www.umno-reform2.com sedang menunggu pendedahan Azmin Ali dan www.umno-reform2.com juga akan mendedahkan butiran kenyataan bersumpah yang mempunyai indikasi kolaborasi antara Ustaz Hadi dan Hassan Ali dalam usaha menjatuhkan Khalid Ibrahim. Azmin Ali perlu melakukan apa yang dikatakan kerana sekiranya tidak kewibawaan beliau sendiri akan tercabar. www.umno-reform2.com dalam artikel   

http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=1397&Itemid=58#JOSC_TOP

memaklumkan bahawa ada bentuk-bentuk kolaborasi antara kepimpinan tersebut dan ini sebenarnya adalah perbuatan sabotaj terhadap kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Khalid Ibrahim dan diterajui oleh Pakatan Rakyat. Kami akan terus memantau sejauh mana Azmin Ali sebenarnya mahu mendedahkan perkara megenai Hassan Ali – atau sebenarnya Azmin Ali tidak ada apa-apa cuma peluru kosong semata-mata. 

 
Trojan horse!
Written by Webmaster   
Wednesday, 01 February 2012

ImageCATATAN ANUAR MOHD NOR - Tuduhan dan raungan BLOG UNSPINNERS terhadap saya Anuar Mohd Nor semakin menjadi-jadi dengan 2 pameran artikel yang menuduh saya sebagai agen PKR yang membocorkan rahsia dan strategi UMNO dalam berperang. Sebenarnya hak kebebasan bersuara tidak memuatkan hak untuk kita menuduh dan membuat fitnah. Budaya sebeginilah yang sebenarnya mahu diajukan kepada semua agar politik negara ini menjadi lebih matang dan lebih berintegriti.

(sedang menulis ini – saya dimaklumkan bahawa laman blog tersebut telah menarik balik tulisan tersebut pada capaian :

http://theunspinners.blogspot.com/2012/01/ahmad-maslan-dan-sekumpulan-blogger-pro.html

http://theunspinners.blogspot.com/2012/01/blogger-pembangkang-menyusup-masuk.html

sesuatu yang amat menghairankan) Namun kerana sedang menulis, saya akan terus menulis dengan pendekatan yang berbeza.

Saya hadir pada satu program yang diminta oleh pengelola program itu untuk dirahsiakan. Saya merahsiakan dan tidak menulis mengenai program tersebut kerana turut dan hormat kepada pihak pengelola tersebut. Namun kehadiran saya pada program RAHSIA itu dicabar sebagai risikan untuk membocorkannya pada Pakatan Rakyat. Tuduhan ini seakan satu raungan kemarahan – oleh penyelia blog tersebut lantas turut menghentam Ketua Penerangan UMNO dengan cara yang tidak berhemah.

Namun dalam kemarahan penyelia laman tersebut beberapa laman pro UMNO tampil membela saya. Saya ucapkan terima kasih kerana mereka juga faham mengenai tulisan berhemah dan berintegriti. UMNO tidak mengajar kita untuk memaki hamun, menulis dengan kemarahan melampau, menggunakan perkataan-perkataan lucah. Namun kehadiran laman-laman yang gemar mencarut dan menggunakan perkataan lucah menjatuhkan integriti dan imej UMNO sebagai pemerintah negara ini. Antara laman yang turut membela saya adalah :

http://penembak-tepat.blogspot.com/

http://penaksj.wordpress.com/2012/01/31/hot-program-tertutup-ahmad-maslan-di-sabotaj/

http://theunspinners.blogspot.com/2012/01/ahmad-maslan-dan-sekumpulan-blogger-pro.html

saya berterima kasih. Namun yang penting bagi saya adalah untuk kekal menjadi peneraju perubahan dalam UMNO sesuai dengan matlamat transformasi politik yang mahu dilaksanakan oleh PM Najib. Saya tidak akan akur kepada laman pro UMNO yang mahu kita kekal dengan cara ortodoks, cara lama dan usang. Saya sering menganggap diri saya sebagai salah seorang revolusioner media kerana penglibatan saya dari awal lahir media alternatif ini. Oleh itu pengalaman adalah sandaran saya.

Sebenarnya banyak lagi yang mahu saya coret namun kerana terpadamnya artikel dari blog unspinners – maka saya pendekkan tulisan ini agar ia persengketaan tidak berpanjangan. Namun cabaran debat antara saya dnegan penyelia unspinners – tetap saya terima.  

 
Menjelang PRU 13 siapa bakal calon?
Written by Webmaster   
Wednesday, 01 February 2012
 

Baik PR mahupun BN – semua sedang menanti-nanti sama ada mereka akan tersenarai dalam carta sebagai calon untuk PRU akan datang. Semua yang sedang memegang kerusi seakan tertanya sama ada kerusi mereka akan dirampas atau tidak oleh apa yang dikatakan calon mampu menang. Ini semua ditentukan oleh ketua-ketua Parti. Selagi belum diisytiharkan sebagai calon – semua ternanti-nanti dan usaha mengemaskan diri – membodek mana patut – menunjukkan kejayaan – menjadi budak mata biru kepada kepimpinan semakin menjadi-jadi. Semua hanya untuk menjadi calon.

Maka rakyat juga – ada yang menanti siapa calon mereka, ada yang tidak peduli siapa calon mereka dan ada yang hanya memikirkan parti mana yang akan bertanding. Semua ini sebenarnya menjadikan usaha untuk promosi diri menjadi-jadi tetapi lebih untuk menunjukkan kepada kepimpinan dari menunjukkan kepada rakyat. Jentera Bahagian dan Cabang terhenti seketika – menantikan penuh debaran siapa yang jadi calon dan siapa yang akan tersingkir dari senarai.

Namun dalam menyatakan mengenai calon mampu menang – pengukurannya adalah tidak konklusif. Ini akan menggerunkan semua kepimpinan tertinggi parti. Salah pilih calon mampu menang tidak akan mendapat sokongan lantas calon itu akan menjadi tunggul dalam bertembung dengan lawannya. Pendekar di peringkat bahagian dan cabang sedang mengasah parangnya. Salah pilih wakil untuk bertanding – parang terbang akan berkeliaran dan akhirnya memudaratkan. Oleh itu lah – calon mudah menang turut diikat dengan fakta-fakta politik yang lain.

Dalam UMNO adakah calon mudah menang PM Najib akan mendapat sokongan 100% ahli bawahan dan juga pendekar bahagian. Adakah usaha meletakkan calon mudah menang itu diukur dari persepsi PM Najib sendiri atau rekomendasi pendekar bahagian. Kalau rekomendasi ini tidak di terima adakah ini tidak menimbulkan ketegangan di peringkat bahagian. 

Namun bagi kami www.umno-reform2.com calon mudah menang hari ini adalah calon yang sepatutnya BUKAN calon yang membicarakan kelaziman pendekatan politik usang yang semakin kritikal untuk diubah tetapi calon yang lebih bertenaga untuk hadir memastikan keadilan sosial di kawasan mereka terjamin. Ini penting bagi mematangkan politik negara ini.

Namun – PM Najib sudah nampak berhati-hati tentang pemilihan calon agar beliau tidak tersasar sungguhpun kita tahu itu bukan satu kerja mudah.

 
Debat Anuar Mohd Nor dan Unspinners?
Written by Webmaster   
Wednesday, 01 February 2012

http://sinismalaysia.blogspot.com/2012/01/unspinners-did-it-again-jemputan.html membuat jemputan terbuka untuk Hj Salahuddin dan saya www.umno-reform2.com berdebat semuka atas isu semasa. SETUJU ! Tapi unspinners itu yang dikatakan oleh ramai orang adalah Salahuddin mesti hadir. Bagi saya Anuar Mohd Nor – sekali lagi saya amat berbangga untuk hadir pada perdebatan itu.

 
Pak Kaduk - siber
Written by Webmaster   
Wednesday, 01 February 2012

Image CATATAN ANUAR MOHD NOR – MERUJUK KEPADA PAK KADUK SIBER – orang yang tuduh orang lain - sendiri berfikiran tahap Kaduk. Semakin ghairah semakin marah semakin terserlah kelemahan dan kekurangan dalam melakukan sesuatu. Mungkin ada yang tersemat dalam hati – ketidakpuasan sehingga gelap pemikiran lantas membicarakan yang tersasar dan merosakkan diri.

Jawapan kepada kebodohan amat subjektif – penilaian ramai perlu, kerana yang tidak bijak itu akan terus mengaku bijak sampai bila-bila, yang tidak pandai akan memandai untuk menutup kealpaan. Pernah saya katakan kepada beberapa mereka yang pernah hadir dalam sidang bicara bersama saya – mengenai kebodohan seminit. Kebodohan seminit inilah yang akhirnya menjadi penyesalan yang amat sangat.

Apa pun lain padang lain belalang – lain orang lain ragamnya, tambah-tambah selama ini tahap kebijakan tidak pernah teruji.  Kita bicara mengenai www.umno-reform2.com Kita bicara strategi memenangi hati rakyat – kembali kepada UMNO tetapi kita lupa kategori – kategori dan tahap pemikiran dan penerimaan rakyat hari ini. Pemikiran ortodoks akan mengatakan pendekatan serangan adalah hanya melulu – membabi buta – menyondol dan akhirnya kecewa kerana yang rosak adalah diri sendiri. Pendekatan perlu tepat – menepati sasaran dan yang sebagai sasaran adalah semua golongan rakyat dan bukan hanya bertepuk tanpa kegembiraan yang akhirnya berkesudahan dengan titisan air mata.

Oleh itu kita perlu pastikan apa rakyat mahu. Apa kemahuan rakyat itu harus sinonim dengan UMNO. Rakyat itu UMNO – UMNO itu rakyat, kehendak rakyat itu kehendak UMNO dan kehendak UMNO itu kehendak rakyat. Maka titik tolak dari situlah rakyat akan menerima UMNO secara konklusif dan UMNO akan bertambah dedikasi untuk membela nasib rakyat dan memelihara keadilan sosial untuk diseragamkan dan diagihkan seadil mungkin untuk rakyat. www.umno-reform2.com mahu memastikan bahawa perubahan seperti yang di tuntut oleh YAB Perdana Menteri tercapai. Transformasi politik adalah himpunan definisi yang sama dengan reformasi dan reformasi UMNO adalah untuk mendekati perubahan yang dituntut oleh rakyat. Perubahan itu tidak lari dari hasrat transformasi yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri.

Mungkin kerana mahukan perubahan itulah – usaha mematangkan pemerhatian dan pelaksanaan politik itu diterajui oleh laman kerdil ini, www.umno-reform2.com di tentang oleh pemikiran ortodoks dan mereka yang suka menuduh melulu – usaha membunuh karakter, kononnya mereka adalah agen dan kamu yang menuduh itu tidak.

Bagi www.umno-reform2.com KEBODOHAN itu adalah musuh nombor 1 UMNO. Kepimpinan dan ahli UMNO hatta laman pro UMNO sendiri kena bijak dan tidak tersasar dalam menjayakan hasrat perubahan yang mahu dicapai oleh PM Najib.

Setelah melihat KEBODOHAN, mungkin musuh-musuh nombor 2 UMNO adalah mereka yang MEMANDAI dan akhirnya membankrapkan usaha transformasi politik. Mungkin kealpaan ini yang akan menjahanamkan kita lantas kita ketinggalan jauh ke belakang atau hasrat PM Najib diketepikan begitu sahaja.

Kita perlu sedar bahawa untuk kita mengaut kerusi-kerusi kembali kepada UMNO/BN kita perlu dilipat ganda usaha dan informasi parti lawan perlu untuk memastikan kejayaan namun dalam banyak hal, Pak Kadok alaf siber ini terikat dengan nilai budaya lama yang mereka sendiri mungkin sudah lupa lantas gagal bertindak mengikut keperluan dan persepsi rakyat.

Oleh sebab itulah www.umno-reform2.com adalah pengkhianat – kata Pak Kaduk Siber ini tanpa menoleh dan mencerminkan diri. Mereka harus sedar – zaman ini bukan zaman Kaduk – tetapi melihat pada yang tersurat dan tidak tersirat. Apa yang ada dalam kepala mereka yang hanya mahu mengikuti dan kemudian mengaku “I am the best” ala filem Hindustan. Mungkin mereka merasakan mereka tahu tapi sesungguhnya apa yang mereka tahu tidak konklusif dengan keadaan hari ini. Akhirnya meloncat kegembiraan – kampung sendiri terbakar.         

 
Utusan Malaysia Anwar lagi
Written by Webmaster   
Monday, 30 January 2012
Image
    

Sebenarnya www.umno-reform2.com sedar bahawa kalau dimainkan isu Anwar Ibrahim, liwat dan perkara-perkara berkaitan dengan Anwar maka jumlah pembaca untuk satu-satu artikel itu akan bertambah. Kesan utama adalah memberi Anwar Ibrahim ruangan dan terus hidup dalam politik.

Sebenarnya www.umno-reform2.com sentiasa melihat bagaimana sesuatu berita itu – kononnya dimainkan berkali-kali, mengikut beberapa konsep perang saraf maka orang akan terpengaruh dan minda mereka akan didominasi. Taktik ini sering diajar dalam – kursus khususnya untuk kita menulis dan mempengaruhi pembaca. Namun bagi saya teori itu usang dan perlu difikirkan semula mengikut kondisi masyarakat.

Kita perlu juga memikirkan keadaan berbeza – menaikkan simpati pembaca, membunuh berita itu dari mampu membawa kebenaran lantas diragui dengan motif tertentu.

Cuba fikirkan senario ini :

 “A” benci dan tidak suka pada “B” – maka A ini selalu mengkritik dan menghentam “B”, akhirnya di mata rakan-rakan “A” membenci “B” dan sampai satu ketika apa sahaja “A” kata mengenai “B” – benar tidak benar komen pendengar adalah – “ala memang lah A cakap begitu kerana A benci pada B.

Dan Utusan sudah dikategorikan sebagai penentang Anwar Ibrahim dan kekerapan isu Anwar Ibrahim ditimbulkan oleh Utusan Malaysia di muka utama akhirnya akan membunuh berita dan Anwar Ibrahim akan terus hidup dalam media.

Mungkin UMNO sendiri harus melihat kepada kebobrokan Utusan Malaysia yang akhirnya memberi kesan buruk pada UMNO. Saya telah memerhatikan Utusan Malaysia. Bukan bermakna www.umno-reform2.com lebih pandai atau ke depan namun – setidak-tidaknya secara relatif Utusan Malaysia ke belakang dan GAGAL kalaupun mahu menjadi agen propaganda UMNO.

Semakin hari www.umno-reform2.com melihat cara dan pembawaan Utusan Malaysia merugikan. Ini perlu kita dalam UMNO teliti – adakah ini sebenarnya membawa loncatan utama untuk UMNO dan kerajaan yang dipimpin oleh BN. Mungkin Utusan Malaysia perlu diolah kepimpinannya yang semakin usang dan terpisah dengan pemikiran generasi hari ini. Ini gesaan kami di www.umno-reform2.com . Bagi kepimpinan dan peneraju Utusan Malaysia yang amat khusyuk dalam mengambil hati kepimpinan – sedarlah ia akan hanya memberi kesan buruk kepada kerajaan dan UMNO dan bagi kepimpinan UMNO yang merasakan ini caranya – turun ke bawah dan dengarkan suara baru dari generasi baru dan bukan memetik kepada keusangan pemikiran yang ada.

 
Cara UMNO berfikir purba?
Written by Webmaster   
Monday, 30 January 2012

Dalam http://www.freemalaysiatoday.com/2012/01/29/cara-berfikir-umno-amat-purba/ Ketua Penerangan PKR Dr Mohammad Nur Manuty menyelar UMNO sebagai mempunyai cara pemikiran yang purba. Alasan yang diberi oleh Ketua Penerangan PKR itu bertitik tolak dari keengganan PM Najib untuk menyahut panggilan debat oleh Ketua UMUM PKR.

Alasan debat ini juga adalah modal terakhir Dr Mohamad Nur Manuty, Ketua Penerangan Keadilan untuk mencabar PM Najib bagi mengadakan debat. Adakah kerana ini, UMNO dikatakan berfikiran purba atau sebenarnya cita-cita debat adalah untuk semua melihat manifestasi PKR dan PR dalam menghadapi PRU 13. Adakah pemikiran UMNO benar-benar kolot dan purba atau UMNO sudah matang melihat gimik politik yang mahu dimainkan oleh pembangkang.

PM Najib tidak perlu berdebat dengan Ketua UMUM. Debat itu hanya instrumen ruangan membina populariti dan bukan spesifik untuk memberi kesan kepada kemakmuran rakyat. Perang politik bukan landasan untuk kemakmuran tetapi kematangan politik pada rakyat mampu memberi rakyat ruangan untuk meletak harapan. Untuk mengatakan UMNO berfikiran purba adalah agak keterlaluan. Apa kata anda?

 
Hadi di ugut isu Hassan Ali
Written by Webmaster   
Sunday, 29 January 2012

Jawapan balas artikel Hadi Awang & Dr Hasan Ali – Konspirasi mahu PAS ambil Selangor,

http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=1397&Itemid=58

ada di laman tranungkite.net  

http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=12058&mode=thread&order=0&thold=0  

Penulis tranungkite.net  itu hanya mampu mengatakan artikel www.umno-reform2.com satu artikel kelakar. www.umno-reform2.com dalam membicarakan kolaborasi ini sebenarnya mengambil kenyataan yang telah dikirim pada kami seawal tahun 2010 mengenai pendedahan rasuah Menteri Besar Selangor yang dibuat oleh wakil-wakil PAS.

Untuk pengetahuan, ada unsur-unsur yang boleh melibatkan PAS di bawah Ustaz Hadi Awang dalam pendedahan rasuah tersebut. Beberapa pendedahan juga akan kami siarkan untuk menunjukkan bahawa kolaborasi itu wujud dan akan hanya dapat dinafikan apabila beberapa orang kanan Presiden PAS menafikan perkara itu setelah pendedahan menyeluruh dibuat.

www.umno-reform2.com juga akan memaklumkan bahawa satu akuan telah dibuat oleh kepimpinan Cabang PKR mengenai isu ini dan adalah dimaklumkan bahawa Ketua UMUM PKR mempunyai salinan perakuan tersebut. Adakah dengan perakuan tersebut dan kesempatan kedudukan Hassan Ali yang telah dipecat dari PAS ini akan digunakan untuk meletakkan PAS di bawah telunjuk PKR? Kenapa sejak beberapa hari lalu timbul berita Hadi tidak mahu bertanding pada PRU 13 nanti? Kenapa dengan tiba-tiba perkara ini berlaku. Adakah benar – Hadi di ugut dan kerana itu PAS menurut telunjuk PKR? Ini persoalan dan bukan tuduhan. Dokumen yang melibatkan usaha menjatuhkan MB Selangor akan kami ulas dan siarkan setelah kami mengkaji secara keseluruhan implikasinya.

 

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Advertisement
 

Video

 
Warisan
 

Twitter

Artikel Pilihan

Anuar Mohd Nor

Create Your Badge

email anuarmohdnor@yahoo.com

atau anuarmohdnor@gmail.com


 

Kuala Lumpur – tersungkurnya Melayu di sana klik sini

Catatan Anuar Mohd Nor - Institut Kajian Asas Kemasyarakatan

DOWN TOWN CHERAS - Respon telah diterima mengenai isu Down Town Cheras dan penjelasan dan perbualan antara En Anuar Mohd Nor dengan En Rustam -Roshan Holding dan En Abdullah ( jam 11.45 04hb Jun2009) di buat . Isu sebenarnya setakat ini tidak melibatkan pengurusan Roshan Holding tetapi lebih kepada masalah dan cara perwatakan kakitangan. Penjelasan dari En Anuar Mohd Nor mengenai penulisan artikel tersebut di terima dan penjelasan En Rustam juga di terima oleh En Anuar Mohd Nor dari Institut Kajian Asas Kemasyarakatan. En Anuar turut berbesar hati kerana kesudian pihak pengurusan Down Town Cheras untuk menerima penjelasan mengenai artikel ini. Sikap begini adalah sikap positif dan apa sahaja masalah akan dapat di selesaikan khususnya dalam menyempurnakan agenda kerajaan rakyat di dahulukan. Sikap positif ini sepatutnya di contohi dan respon yang di buat adalah sesuatu yang amat kami alu-alukan.  

CATATAN ANUAR MOHD NOR - INSTITUT KAJIAN ASAS KEMASYARAKATAN KLIK SINI

 

Interbiu dalam rancangan Persepsi RTM bersama Anuar Mohd Nor membicarakan isu UMNO

Anuar dalam rancangan Persepsi

              Klik Sini

Interbiu dalam rancangan Blog bersama Anuar Mohd Nor membicarakan soal Melayu

Anuar dalam siaran Blog

             Klik Sini

Dari laman blog arahkita

 

Isu Melayu

 

 

Berikut adalah isu-isu yang pernah dibicarakan oleh Anuar Mohd Nor. Artikel ini ditulis pada tahun 2006


Penulisan berikutnya adalah pada tahun 2006 juga. Tulisan ini telah dilabel sebagai tulisan MERBAHAYA oleh beberapa laman blog.

 




   KLIK PADA GAMBAR

 

Who's Online

We have 17 guests online

Syndicate