Lost Password?
  • Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size

UMNO REFORM 2

Wednesday
Mar 10th
Utama
Ezam dan kes liwat Anwar Ibrahim
Written by Webmaster   
Wednesday, 10 March 2010
Image
 

Kenyataan Ezam – dipetik dari www.agendadaily.com

Ezam memberitahu beliau terpanggil untuk menentang Anwar habis-habisan kali ini hingga mengambil cuti tiga bulan dalam tugasnya di Yayasan Generasi Baru berpejabat di Jakarta untuk round satu negara bagi mematahkan dakyah Anwar dalam ceramah mengenai kes liwatnya. “Anwar Ibrahim round …saya kena round…saya nak jawab,”katanya sambil meminta maaf kerana semasa perbicaraan kes liwatnya yang pertama dulu beliau menjadi panglima mempertahankan Anwar.

Serentak dengan itu beliau melafaz sumpah mengaku beliau silap mempertahankan Anwar.

Kononnya beliau difitnah…malam ini di Gombak dan malam-malam seterusnya dan selepas ini…saya memohon maaf saya tersilap …saya tarik balik setiap patah perkataan membela Anwar Ibrahim,”katanya disambut tepukan gemuruh.  Katanya baru sekarang beliau tahu hal sebenarnya.”Kalau dulu saya tahu haram saya nak sokong dia,”ujarnya.

So... apa komen kita mengenai Ezam Mohd Nor – bekas panglima PKR dan orang kuat Anwar

 
Ubah reka - melucahkan - merugikan UMNO
Written by Webmaster   
Monday, 08 March 2010
Image
 
Contoh ubah reka terbaru
 
Image
mampukah gambar sebegini membantu UMNO - atau lebih menyulitkan UMNO
 
www.umno-reform2.com terjumpa dalam melayari laman web pameran laporan polis terhadap penggunaan gambar- ubah reka yang lucah dan tidak sesuai. Yang menarik sekali laporan polis ini memetik artikel www.umno-reform2.com sebagai alasan bantahan penggunaan gambar yang di ubah reka dan di selitkan unsur-unsur lucah. BENAR ! laman kami tidak bersetuju dengan cara perang saraf itu. Kami hanya menyatakan bahawa penggunaan gambar ubah reka itu akan hanya merugikan kita – menyebabkan ia menjadi alasan untuk tindak diambil dan ditambah lagi – memburukkan kita dari sudut pandangan mereka yang tidak berparti. Ini adalah cara perang saraf yang lemah – merugikan UMNO. Namun sekiranya laman –laman itu memang mahu meruntuhkan UMNO maka cara mereka adalah tepat – membuat gambar-gambar ubah reka – untuk membuat rakyat marah pada UMNO. Mungkin juga kan. Nilai sahaja sendiri.

 

 
 
Zul Nordin di pecat
Written by Webmaster   
Sunday, 07 March 2010
Image
Lagi mereka yang akan keluar/dikeluarkan dari PKR Adakah masalah semakin rumit dalam PKR

 

Petikan kenyataan Zulkifli Nordin YB Kulim Bandar-Baharu dalam Berita Harian

"Saya berasa malu kepada Allah dan umat Islam untuk terus bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR akan hancur kerana segala keputusan dibuat untuk kepentingan sendiri dan ramai lagi akan keluar selepas ini kerana kecewa dengan keadaan PKR sekarang."

Zulkifli kecewa kerana Anwar terlalu taksub untuk mengejar cita-citanya ke Putrajaya (menjadi Perdana Menteri), sehingga dalam setiap ceramahnya, hanya perkara itu ditekankannya dan bukannya soal parti.

Zulkifli yang bertegas untuk tidak membuat rayuan atau mengosongkan kerusinya turut mendakwa PKR tidak mempunyai sebarang agenda untuk perjuangan Islam tetapi menjadikan agenda Islam untuk mainan politik picisan dan retorik murahan serta pembohongan jelas pada rakyat.

Malah, katanya, PKR turut membuat laungan palsu berhubung perjuangan untuk memartabatkan nilai kemanusiaan, mengembalikan hak asasi manusia, mendaulatkan nilai dan prinsip keadilan sejagat.

 
Debat Melayu Islam Pulau Pinang - ada berani?
Written by Webmaster   
Friday, 05 March 2010

'Melayu Islam Pulau Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran' – adalah topik debat yang mahu dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang dengan UMNO. Mereka menghantar surat jemputan debat pagi tadi di PWTC. Menurut Pakatan Rakyat Debat itu akan menunjukkan kepada rakyat apa sebenar isu yang wujud dan mahu UMNO jangan hanya berani membuat kenyataan rambang tetapi takut bertemu dan berdebat secara terbuka. Menuduh PR telah mengabaikan Melayu memang mudah – tetapi katanya hadir dan sama-sama kita bagi rakyat nilai siapa yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu. Setakat ini UMNO menolak cadangan debat yang pernah dicadangkan oleh Pakatan Rakyat. Setakat ini Pemuda UMNO masih gagal menyahut cabaran tetapi sering kali mengatakan bahawa debat itu tidak penting dan tidak menyelesaikan sebarang masalah.

Apa kata kalau kita debat sekarang, dalam laman ini – UMNO parti yang memperjuangkan Melayu – adakah hari ini masih orang Melayu terus terpinggir di bawah PR – Lim Guan Eng?

 
Akan keluar parti?
Written by Webmaster   
Thursday, 04 March 2010
Image
 
 Adakah nama ini yang turut dihantar oleh email kepada www.umno-reform2.com turut memainkan senario yang sama? Apa yang terjadi sebenarnya kepada Parti Keadilan Rakyat?
 
Lagi keluar PKR
Written by Webmaster   
Wednesday, 03 March 2010
Image
Bagan Serai MP Mohsin Fadzli Samsuri
 
Tempoh hari www.umno-reform2.com menerima nama - nama tanpa mengatakan sebab mengapa nama itu di kirim. Hari ini salah seorang penama tersebut telah mengumumkan keluar dari PKR. Adakah mungkin nama yang dikirim itu menunjukkan bahawa mereka akan meninggalkan PKR?
 
TSUNAMI PKR – UMNO perlu berhati-hati
Written by Webmaster   
Wednesday, 03 March 2010

Dikatakan PKR – Parti Keadilan Rakyat sedang mengalami Tsunami politik. UMNO dan Barisan Nasional percaya ini akan menghancurkan politik Pakatan Rakyat. Ini akan menjadi penilai sama ada PR mampu bertahan dengan laporan tindakan mereka yang keluar parti dan menyertai UMNO saban hari kedengaran. Adakah Barisan Nasional dan UMNO sudah sedia bertepuk tangan? Adakah sudah cukup untuk Barisan Nasional dan UMNO menarikan tarian kemenangan dengan wujud segelintir mereka yang keluar dari PKR dan Pakatan Rakyat?

Kedudukan politik BN dan UMNO masih dalam keadaan yang tidak menggembirakan. Keluarnya segelintir mereka tidak merisaukan PKR kerana mengikut Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR – ini menambahbaikkan Parti Keadilan Rakyat kerana mereka yang bermasalah telah keluar dan ada yang menyertai UMNO. Mereka yang keluar menyertai UMNO merupakan mereka yang akan hanya merosakkan PKR dan ini seakan-akan dialu-alukan. Adakah benar PKR sedang dilanda Tsunami dan adalah Tsunami politik ini menjadi harapan untuk BN dan UMNO merampas balik negeri yang telah berpindah kepada PR. Sekiranya ini harapan BN dan UMNO maka www.umno-reform2.com agak setuju dengan kenyataan Khairy Jamaluddin – Ketua Pemuda UMNO yang lebih percaya kepada kekuatan dalaman UMNO dan BN serta peranan mendekati rakyat adalah penting dari mengharapkan senario kemelesetan Pakatan Rakyat.

Bagi mereka yang pernah berada dalam PKR khususnya bergaul dengan perjuangan reformasi – mereka akui bahawa ada Tsunami Besar politik dalam Pakatan Rakyat – khususnya dalam PKR tetapi ini akan bercantum semula bila mana ada isu yang di timbulkan khususnya dalam kes liwat 2 Anwar Ibrahim dan skandal-skandal rasuah yang membabitkan penjawat kerajaan dan kepimpinan politik. Setakat ini PR tidak kering isu – isu yang memang wujud dan isu yang diada-adakan amat menekan BN dan UMNO. Setakat ini BN dan UMNO masih tewas dalam soal-soal penerangan dan pelaksanaan.

Adakah Tsunami ini akan menggegar PKR atau akhirnya menjadi senjata kuat untuk terus menghentam kerajaan Barisan Nasional? Kita nilai nanti.

 
Ikon pahlawan Melayu
Written by Webmaster   
Tuesday, 02 March 2010
Image
Ibrahim Ali ikon pejuang Melayu?????
 
Akhirnya – ikon Melayu wujud dari celah-celah UMNO, kemudiannya Semangat 46 – kemudiannya UMNO – lalu timbul pula di celah-celah Parti Keadilan Rakyat dan kemudian di celah-celah PAS.  Ikon pejuang Melayu ini hadir dengan perjuangan untuk orang Melayu dan kerana itu beliau mengelilingi semua parti yang ada untuk mungkin mendapatkan sumber dan maklumat terkini mengenai Melayu. Adakah ini Ikon pejuang Melayu yang dicari – penuh prinsip dan penuh istiqamah perjuangan – hanya kerana Melayu. Adakah ini pejuang Melayu yang berani menongkah arus atau mengikut arus dan deras dengan sikap oportunis selama ini. Anak-anak Muda baru seakan teruja melihat ikon perjuangan Melayu atau sebenarnya teruja dengan cara beliau yang tidak tahu batasan air muka dan maruah. Kita nilai sama ada ini dia – ikon Melayu yang telah berjuang untuk Melayu. Fikirlah......jangan rebah sebelum meningkat – jangan bocor rumbia lantas menyulitkan – itu rakyat tu......Ibrahim Ali - hero pejuang Melayu...........adusssss
 
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Advertisement
 

Video

 
Warisan
 

Artikel Pilihan

 

email anuarmohdnor@yahoo.com

atau anuarmohdnor@gmail.com

 

 

Kuala Lumpur – tersungkurnya Melayu di sana klik sini

Catatan Anuar Mohd Nor - Institut Kajian Asas Kemasyarakatan

DOWN TOWN CHERAS - Respon telah diterima mengenai isu Down Town Cheras dan penjelasan dan perbualan antara En Anuar Mohd Nor dengan En Rustam -Roshan Holding dan En Abdullah ( jam 11.45 04hb Jun2009) di buat . Isu sebenarnya setakat ini tidak melibatkan pengurusan Roshan Holding tetapi lebih kepada masalah dan cara perwatakan kakitangan. Penjelasan dari En Anuar Mohd Nor mengenai penulisan artikel tersebut di terima dan penjelasan En Rustam juga di terima oleh En Anuar Mohd Nor dari Institut Kajian Asas Kemasyarakatan. En Anuar turut berbesar hati kerana kesudian pihak pengurusan Down Town Cheras untuk menerima penjelasan mengenai artikel ini. Sikap begini adalah sikap positif dan apa sahaja masalah akan dapat di selesaikan khususnya dalam menyempurnakan agenda kerajaan rakyat di dahulukan. Sikap positif ini sepatutnya di contohi dan respon yang di buat adalah sesuatu yang amat kami alu-alukan.  

CATATAN ANUAR MOHD NOR - INSTITUT KAJIAN ASAS KEMASYARAKATAN KLIK SINI

 

Interbiu dalam rancangan Persepsi RTM bersama Anuar Mohd Nor membicarakan isu UMNO

Anuar dalam rancangan Persepsi

              Klik Sini

Interbiu dalam rancangan Blog bersama Anuar Mohd Nor membicarakan soal Melayu

Anuar dalam siaran Blog

             Klik Sini

Dari laman blog arahkita

 

Isu Melayu

 

 

Berikut adalah isu-isu yang pernah dibicarakan oleh Anuar Mohd Nor. Artikel ini ditulis pada tahun 2006


Penulisan berikutnya adalah pada tahun 2006 juga. Tulisan ini telah dilabel sebagai tulisan MERBAHAYA oleh beberapa laman blog.

 




   KLIK PADA GAMBAR

 

Who's Online

We have 1 guest online

Syndicate